BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Ahad, 31 Januari 2010

Tanda-tanda kematangan

www.iluvislam.com

Anda dapat bertenang dan bersabar seandainya hajat anda tidak tercapai. Anda mampu menyembunyikan perasaan anda yang luka dan tersinggung oleh seseorang dalam kumpulan dan berlaku sebagai biasa. Anda tidak merasa iri hati bila melihat orang lain dipuji dan disanjung.

Anda dapat menghadapi kebencian orang yang anda benar-benar merasa tidak sewajar dengan mereka. Anda mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun anda ingin mendapat perkara yang anda fikir boleh dapat. Anda dapat menahan rasa sakit hati dan malu seandainya anda tidak dapat hidup setaraf dengan rakan sejawat anda yang lain.

Anda terus berlaku adil dan saksama walaupun suasana sekeliling menghalang maksud anda. Anda dapat menerima kritik atau salah faham orang tanpa memperbesar-besarkannya. Anda memandang jauh kedepan, umpamanya dengan sabar menangung kesusahan demi kepentingan masa depan, tanpa merasa resah, bimbang dan ragu.

Anda memberi persetujuan kepada pendapat- pendapat yang anda tidak setujui dalam perdebatan tanpa merasa sakit hati atau tidak senang. Anda berbahagia bersendirian dengan mempunyai satu kegemaran atau hobi yang benar-benar anda minati. Anda mengaku dengan jujur tidak tahu bila anda betul-betul tidak tahu, tanpa merasa malu.

Anda menghadapi orang-orang tua atau orang- orang yang lebih berpengaruh tanpa sentiasa berusaha untuk menimbulkan kesan-kesan negatif. Anda akan cuba melakukan sesuatu dengan sederhana bukannya berlebih-lebihan untuk menunjukkan bahawa anda dapat melakukannya dengan lebih sempurna. Anda dapat mendahulukan kepentingan orang lain walaupun anda tidak merasa senang kerananya.

Anda boleh berlaku wajar dan saksama terhadap orang-orang yang tidak anda sukai. Anda dapat mengujudkan rasa kasih-sayang, cinta atau boleh bersahabat tanpa mendapat tempat yang utama dalam hidup mereka.

Sekiranya anda lelaki, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan wanita tanpa berfikir bahawa anda adalah lelaki yang jadi idaman setiap wanita. Sekiranya anda wanita, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan orang lelaki secara jujur.


Isnin, 25 Januari 2010

kami johan menghias kek!!! konsep klasik n ekslusif..



 

 

 

 

 

 

 





 

Pada 21/1/2010 yang lepas aku n ain telah memasuki pertandingan menghias kek anjuran UPSM.. Ini merupakan kali pertama aku memasuki pertandingan menghias kek.. Sebelum ini juga, aku ada memasuki pertandingan memasak semperna Pesta KONVO.. syukur aku n teman ku gee memenangi pertandingan tersebut. Untuk kali ini, sebanyak 10 pasukan yang menyertai pertandingan menghias kek ini.. persaingan sememang sengit.. masing-masing mempunyai konsep yang tersendiri.. penuh warna n pengertian yang tersirat..
konsep aku n ain utk kek ini ialah klasik n ekslusif.. ape pun memang berbaloi usaha kami memasuki pertandingan ini kerana kami memenangi tempat
   pertama.. tahniah pada pasukan-pasukan yang lain.. 
tidak lupa juga kepada sahabat-sahabatku alin, mamil, dayah,farah, bedah yang turut hadir untuk memberikan sokongan kepada kami..thanks buat korang sume.. korang memang best..
kepada sahabatku iffa yang turut memberi kata-kata semangat, thanks yeah..

Sabtu, 23 Januari 2010

KEJOHANAN TAMING SARI II





 

 

 





 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Pada 14 - 17 hb Januari 2010 yang lalu ,bertempat di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR) telah berlansung Kejohanan Pencak Silat terbuka dan IPT yang membabitkan IPT seluruh negara bagi Kejohanan IPT dan Majlis Sukan Negeri (MSN) seluruh negara serta jemputan bagi Kejohanan Terbuka. Kejohanan ini adalah kesinambungan daripada Kejohanan Pencak Silat Piala Tamingsari I 2009 awal Januari lalu.
UKM sendiri telah menghantar sebanyak 3 pasukan untuk menyertai kejohanan tersebut dan muncul sebagai pemenang keselurahan bagi IPT.


Jumaat, 8 Januari 2010

festival orked




 
 
 
 
 
 
 
 
 





masa cuti sem yang baru berlalu, ku mengambil kesempatan meluangkn masa ke festival orked ini untuk merakam gambar-gambar bunga orked yang dipertandingkan semperna berlangsungnya festival orked tersebut.. inilah hasilnya..