BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Selasa, 6 Oktober 2009

   hati   
www.iluvislam.com

“Kakak, kenapa hati saya rasa tidak tenteram? Kenapa saya sukar untuk menangis saat mendengar qalam Allah? Kenapa sukar untuk saya menghafal al-Quran? Kenapa seakan terhijab untuk saya tafakkur alam? Kenapa saya rasa tidak juga tenang jika membaca al-Quran? Kenapa solat saya tidak khusyuk? Kenapa saya gagal untuk qiamullail? Kenapa saya sukar untuk puasa sunat? Kenapa rezeki saya tidak berkat? Kenapa hati saya selalu menangis? Kenapa ilmu yang saya pelajari hanya bertahan sehingga ke dalam dewan peperiksaan? Kenapa saya tidak terkesan dengan perjalan dakwah yang dilakukan oleh Raulullah dan para sahabat? dan kenapa saya masih gagal untuk merasai nikmat CINTA ALLAH seperti yang diceritakan oleh orang-orang alim?” Tanya Raudhah panjang kepada murobbiyahnya, Kakak Aisyah.

“Raudhah, sesungguhnya Rasulullah pernah bersabda “Dalam diri manusia ada seketul daging, jika daging itu elok maka eloklah anggota yang lain, tetapi jika daging itu rosak, maka rosaklah segala angota yang lain. Sesungguhnya seketul daging itu adalah?” Murobbiyahnya memohon jawapan darinya.

“HATI!” Jawab Raudhah.

“Benar, seketul daging itu adalah hati, secara fizikal hati itu adalah jantung. jika jantung kita rosak, ia akan mengganggu perjalanan anggota badan yang lain kerana jantung bertangjawab mengepam dan menyalurkan darah dan juga oksigen ke setiap urat saraf anggota badan. Namun apa yang perlu diperhatikan adalah secara rohaninya, hati itu adalah jiwa manusia, hati yang rosak adalah hati yang di timpa penyakit- penyakit dunia, hati yang berpenyakit ini akan merebak kesetiap anggota jasad manusia sehingga anggota-anggota tersebut terdorong untuk melakukan perkara-perkara buruk yang menambahkan lagi musabab kepada penyakit hati.” Jelas murobbiyahnya panjang.

“ADAKAH HATINYA BERPENYAKIT?” Raudhah bermonolog.

“Antara musabab penyakit hati ialah KECINTAAN TERHADAP MANUSIA MELEBIHI CINTA TERHADAP ALLAH! Adakah pantas satu hati mampu menyatukan dua cinta? CINTA ALLAH dan CINTA DUNIA? Adakah berhasil esensi yang suci bercampur dengan unsur yang kotor? CINTA ALLAH dan CINTA DUNIA ini ibarat magnet negatif dan negatif atau positif dan positif. Apabila ia di dekatkan, kedua-duanya akan saling menolak dan mustahil untuk bersatu. Begitulah analogi antara dua cinta tersebut. SELAMA-LAMANYA MANUSIA TIDAK AKAN MENEMUI CINTA ALLAH SELAGI DIA MENGHAMBAKANKAN CINTANYA KEPADA MANUSIA!” Jelas Kakak Aisyah.

Hatinya terkejut. Benarkah dia telah tersilap percaturan selama ini? Adakah dia terjerat dalam dosanya sendiri hasil daripada mengikut hawa nafsunya? Adakah dia tergolong dalam golongan mereka yg membuat tipu muslihat kepada Allah? Adakah dia tergolong dalam golongan yang disebut oleh Allah sebagai hati yang berpenyakit? Adakah hatinya berpenyakit?Lantas, apakah penawarnya? ….


“Yusuf! Sesungguhnya kita tertipu oleh muslihat kita sendiri. Sesungguhnya tidak halal bagi wanita Muslimah dan lelaki Muslim menjalin cinta sebelum kahwin. Ketahuilah! Aku tidak ingin menjadi penggoda seperti Zulaikha, aku tidak ingin menambahkan fitnah dunia lagi, aku tidak ingin hatta jiwaku menjadi boneka syaitan. Sesungguhnya perlu aku akui tanpa aku perlu berselindung demi menjaga hatimu bahawa aku tidak pernah tenang mencintaimu dahulu.

Cukuplah! Janganlah kita menghalalkan perkara yang telah diharamkan oleh Allah dan Nabi, kufurlah kita akhirnya. Bertaubatlah kita! Sehingga saat ini hatiku sedih tatkala mendengar, membaca kisah-kisah mereka yang berhasil merasai nikmat cinta Ilahi sedangkan aku masih lagi terumbang ambing, terkeliru dalam pencarian cinta agung itu. Sesungguhnya Allah itu mendengar resah hati kehambaanku, disaat aku mula mengorak langkah mendekatiNya, Dia telah lama menungguku, disaatku menangis sendu kerana keinsafan dosa lalu, Dia terlebih dahulu menadah air mataku.

Betapa berdosanya aku membuang cinta-Nya yang berada di muka pintu hatiku, betapa berdosanya diriku, bertalu-talu Allah mengetuk pintu hatiku melalui wahyu agung-Nya, dengan bicara ikhlas-Nya, tidak aku buka pintu itu! berdosanya aku membiarkan Dia berdiri lama di muka pintu itu, namun Dia tetap meninggu, membujuk hatiku dengan bicara-Nya tanpa jemu, namun tidak juga aku buka pintu dan membiarkan panggilan-Nya tanpa sahutan.

Berdosanya Aku Rabbi! Sehingga suatu saat, aku terdetik ingin membuka pintu itu kerana tidak lagi kedengaran panggilan-Nya, jauh dari sudut hati, aku rindu mendengar bicara-Nya yang agung, mendengar ketukan di pintu hatiku, ketukan yang lembut, tidak menyakitkan hati. Adakah Dia telah berputus asa dengan Hati kerasku? Aku menuju ke muka pintu, perlahan-lahan ku kuak daunnya, apa yang ku lihat hanyalah satu cahaya yang tidak terungkap oleh kata, terlukis oleh pena.

Cahaya itu menerangi segenap penjuru hatiku yang gelap untuk sekian lama. Cahaya malap yang berada dalam hatiku menjadi semakin bersinar dengan limpahan cahaya itu. ketahuilah aku, Dia tidak merajuk, Dia tidak juga murka, tetapi Dia Maha Penyayang, Maha Penyabar, dan Dia masih menungguku.

Bertaubatlah kita kerana telah berlaku zalim terhadap Cinta Allah. Ketahuilah! Aku tinggalkanmu demi cintaku pada sang Rabbi.".. intan raudah..

2 ulasan:

  1. erk.. tak boleh bercinta la sebelum kawen ek ?

    BalasPadam
  2. salam buat k.zaarz..

    bercintalah selepas nikah kak..moga pernikahan itu diredhai..jangan bernikah selepas menelusuri jalan yang dimurkai..

    kita sebagai wanita mahukan lelaki yang dapat membimbing kita InshaAllah bukan sekadar hanya tahu memimpin tangan kita sebelum kahwin..

    seorang lelaki yang benar2 cintakan bakal Isterinya tidak akan berani menyentuh hati si wanita selama mana dy belum dimilik secara sah dan halal..

    keran dy mahu isterinya itu terpelihara iman dan kehormatan sebagai seorang wanita muslimah..yang punya keterikatan hati bersama pencipta..

    =)

    BalasPadam