BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Selasa, 11 Mei 2010

tiada rahsia dalam kejayaan
Membina Minda Positif Melalui Psikologi Positif
www.iLuvislam.com
Ahmad Izzuddin Fahmi Che Ab Rahim

Pertama, yakin dengan Allah. Dia adalah segalanya. Perancang, pengatur, pemusnah dan pemberi. Dia boleh lakukan apa saja. Yang paling penting adalah yakin. YAKIN dengan Allah. Saya masih ingat, dalam bank saya Cuma ada RM60, dan masih berbaki 15 hari untuk dapat gaji. Tapi saya yakin. Dan rezeki saya tidak pernah putus dalam tempoh 15 hari tersebut. Alhamdulillah, ada saja rezeki. Trust me, saya sudah melaluinya!

Kedua, hormati ibu bapa kamu. Kerana disitu terletak kunci kejayaan kamu. Usaha saja tidak cukup. Bila ibu bapa kamu redha dengan apa yang kamu lakukan, pasti tiap satunya akan diberikan kemudahan oleh Allah. Sampai hari ini, saya masih bertanyakan pendapat ummi abah sebelum melakukan sesuatu. Malah saya berkahwin dengan wanita yang ummi abah setujui. Kalau saya ada talk di mana-mana pun saya akan bagitahu ummiabah, dan mintak mereka doakan. Trust me, saya sudah melaluinya!

Ketiga, jaga akhlak kamu. Biar bodoh dalam pelajaran, tapi jangan hodoh dalam akhlak. Busuknya akhlakmu menentukan busuknya masa depan mu. Biarpun kamu Cuma seorang pengutip sampah sahaja, tapi ibu bapamu dan seluruh alam pasti akan BERBANGGA dengan akhlak solehmu. Trust me, saya sudah melaluinya!

Keempat, minda positif membina tingkah laku positif. Itu kunci utama dalam kejayaan. Hasil kajian psikologi mendapati mereka yang selalu fikirkan perkara negatif mempunyai tahap kepuasan hidup yang rendah. Malah penghargaan kendiri juga rendah. Itu fakta. Untuk berjaya, usah fikirkan perkara negatif. Orang yang berjaya, akan sentiasa memikirkan kejayaan dalam setiap apa yang dilaksanakannya. Malah dalam mindanya sudah terbayang saat kejayaan dikecapi. Ya, berangan. Kita perlu berangan. Apa saja bermula dari angan-angan dan impian. Kalau kamu fikirkankan kejayaan, kamu akan berjaya! Seingat aku, aku tidak pernah berkata 'tidak' untuk apa sekalipun. Malah aku sentiasa mengajar isteri dan anakku agar sesekali jangan mengeluh dan menyesali apa saja yang berlaku dalam kehidupan ini. Membina minda positif melalui psikologi positif. Trust me, saya sudah melaluinya!

Berapa ramai hari ini yang bodohkan diri dengan membunuh diri. Ingatlah, Allah telah awal-awal betitahu pada kita, “Tidak aku bebankan hamba-Ku dengan apa yang tidak mereka daya”. Bermakna setiap cabaran yang ada dalam hidup kita ini adalah cabaran yang mampu kita hadapi. Itu bukan apa yang saya kata, tapi apa yang Tuhan kita kata. Percayalah pada-Nya dalam menggapai impianmu dunia dan akhirat.

Semoga Allah bersama kita dan perjuangan bersama iluvislam.com. Barakallahulakum! Wallahua’lam.

Ahmad Izzuddin Fahmi Che Ab Rahim

Kaunselor @ iluvislam.com



2 ulasan:

  1. Salam kepada penulis / pemilik blog.
    Terima kasih kerana post artikel macam nie , artikel nie memang benar sekali. kita kena yakin dengan ALLAH S.W.T , kalau kita jatuh bukan bermakna kita dah kalah. Orang yang gagal adalah Orang yang berhenti mencuba.

    hot-wares.blogspot.com

    BalasPadam
  2. Terima kasih atas perkongsian tersebut. Semoga ilmu picisan itu terus menjadi pendorong dan inspirasi buat diri saya dan kalian semua, insya-Allah

    Ahmmad Izzuddin Fahmi
    Kaunselor @iluvislam.com
    ahmadizzuddinfahmi@yahoo.com

    BalasPadam